Followers

RAJA NURUL ELENA BINTI RAJA HUSSIN

Thursday, October 13, 2011

menjadi tunang orang tanpa kite sedar

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri

dan
wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu

belum tahu
atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada

pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah

dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan

kamu
sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi

tunang
kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika

pihak
lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang

untuk lelaki
meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum

Islam dan
hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu

adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk

menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak

seperti
perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap

bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat

mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh,

gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita

sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

1 comment: